projekmmoBerita

Bawa telefon bimbit ke sekolah, pelajar patah gigi dipukul guru

Keluarga mendakwa pelajar dibelasah guru hingga gigi patah dalam aduan di balai polis Paroi, Seremban. — Paparan skrin Google Keluarga mendakwa pelajar dibelasah guru hingga gigi patah dalam aduan di balai polis Paroi, Seremban. — Paparan skrin Google KUALA PILAH, 5 Sept — Akibat berselisih faham dan membawa telefon bimbit ke sekolah, seorang pelajar 17 tahun patah gigi dan lebam di mulut akibat dipukul gurunya.

Pelajar itu pulang ke rumah dengan mulut berdarah selepas dibelasah pada pagi Jumaat lalu di sekolahnya di Juasseh di sini, lapor Harian Metro.

Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk rawatan.

Setelah mengetahui kejadian tersebut, bapanya ke sekolah untuk mendapat penjelasan guru.

"Bapa mangsa mendakwa alasan diberikan tidak masuk akal kononnya anaknya dipukul akibat berselisihan faham dengan guru selain membawa telefon bimbit ke sekolah,” kata satu sumber.

Keluarga mangsa membuat aduan di balai polis Paroi dekat sini. Ketua polis Kuala Pilah Supt. Luqman Abdul Rahman mengesahkan laporan tersebut.

Lagi Video di MMOTV