projekmmoBerita

Baru masuk Islam, Mell Sakura ingin bertudung di pentas

Mell, vokalis Sakura Band mengumumkan pengislamannya melalui Instagram sempena hari lahir ke-29. ― Foto ihsan Instagram/Mell SakuraMell, vokalis Sakura Band mengumumkan pengislamannya melalui Instagram sempena hari lahir ke-29. ― Foto ihsan Instagram/Mell SakuraKUALA LUMPUR, 13 Nov ― Selepas hampir sebulan memeluk Islam, vokalis kumpulan Sakura Band menyatakan hasrat untuk berhijab di atas pentas.

Mell, nama popular Melly Mautius, berkata usaha murni itu turut disokong rakan sekumpulan walau ia mungkin mengambil sedikit masa.

“Anggota band juga menghormati saya mahu bertudung selepas ini.

“Cuma mungkin saya perlu mengubah cara persembahan di pentas apabila sudah berhijab nanti,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi Polaroid mengumumkan sudah memeluk Islam awal bulan lalu selepas mendapat sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial Instagram itu adalah bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29.

Lagi Video di MMOTV