projekmmoBerita

Banjir kilat di KL, air naik sehingga hampir tenggelam kereta

Seorang lelaki, dipercayai pemandu, berada di atas bumbung teksi dekat pintu masuk utama Universiti Malaya dari arah Kuala Lumpur. — Foto ihsan Twitter/ BernamaSeorang lelaki, dipercayai pemandu, berada di atas bumbung teksi dekat pintu masuk utama Universiti Malaya dari arah Kuala Lumpur. — Foto ihsan Twitter/ Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Sebanyak empat jalan utama terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam ini.

Ketua pusat gerakan operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

“Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

“Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Bernama.

Lagi Video di MMOTV