projekmmoBerita

Bakal pengantin hilang, kesihatan bapa terjejas

Laporan kehilangan Nur Zulaikha Abdul Hamid dibuat di balai polis Pengkalan Kubor, Sabtu lalu. ― Paparan skrin GoogleLaporan kehilangan Nur Zulaikha Abdul Hamid dibuat di balai polis Pengkalan Kubor, Sabtu lalu. ― Paparan skrin GoogleTUMPAT, 14 Nov ― Seorang bakal pengantin perempuan hilang menjelang majlis perkahwinannya dua minggu lagi.

Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, hilang empat hari lalu ketika membeli-belah bersama rakannya di pasar pagi Kampung Geting di sini, lapor Sinar Harian.

Bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya pada 28 November ini, beliau yang tidak membawa telefon bimbit, tidak muncul selepas dua jam rakannya menunggu.

Kakaknya Nur Hafifah, 21, berkata kesihatan bapa yang mengidap angin ahmar terjejas berikutan kehilangan Zulaikha yang juga tidak menghubungi tunangnya.

“Sebahagian kelengkapan perkahwinan telah disiapkan, kad jemputan kahwin dah siap dan ada jiran yang dah dapat,” katanya.

Laporan kehilangannya dibuat di balai polis Pengkalan Kubor, Sabtu lalu.

Lagi Video di MMOTV