projekmmoBerita

Azmin: Hadi tidak faham, tiada lagi pakatan dengan PAS

Berbeza dengan tanggapan umum, Datuk Seri Azmin Ali enggan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya nanti. ― Foto oleh Yusof Mat Isa Berbeza dengan tanggapan umum, Datuk Seri Azmin Ali enggan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya nanti. ― Foto oleh Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Azmin Ali akhirnya menegaskan tiada kerjasama dengan PAS menjelang pilihan raya umum nanti.

Dalam wawancara dengan akhbar Nanyang Siang Pau, menteri besar Selangor juga sempat mengkritik presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“[...] Saya percaya akan ada banyak pertembungan tiga penjuru [dengan PAS] tetapi kami bersedia untuk mempertahankan Selangor,” katanya.

Azmin juga mendakwa Abdul Hadi tidak memahami persoalan di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung yang memerlukan sokongan undi bukan Melayu.

“Beliau [Hadi] tidak memahami ini tetapi PAS Selangor tahu untuk selamat mereka perlu mendapatkan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.

Tambahnya, ramai pemimpin PAS tidak berpuas hati dengan Abdul Hadi kerana presiden mereka tidak memahami politik Pulau Pinang, Perak and Selangor.

“Selangor tidak sama dengan Kelantan atau Terengganu kerana di Selangor, PAS mesti bekerjasama dengan bukan Islam. 

“Selangor sebuah negeri pelbagai kaum, agama dan budaya.”

Azmin, timbalan presiden PKR, turut menegaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan PAS untuk pengagihan kerusi pilihan raya. 

Beliau bagaimanapun bertolak ansur dengan anggota-anggota exco Selangor dan ahli-ahli majlis PAS kerana mereka dipilih oleh orang ramai.

Baca seterusnya di Malay Mail

Lagi Video di MMOTV