projekmmoBerita

Azlan: Demi Umno-BN, kikis sentimental terhadap Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah pemimpin parti pembangkang yang memusuhi Umno, kata Datuk Seri Azlan Man. — Foto ihsan Facebook/Azlan ManTun Dr Mahathir Mohamad kini adalah pemimpin parti pembangkang yang memusuhi Umno, kata Datuk Seri Azlan Man. — Foto ihsan Facebook/Azlan ManKANGAR, 8 Jan – Penyokong Barisan Nasional (BN) dan anggota Umno khususnya perlu mengikis perasaan sentimental terhadap Tun Dr Mahathir kerana bekas perdana menteri itu kini memusuhi parti yang pernah diterajuinya selama 22 tahun.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata dalam konteks politik masa kini, Dr Mahathir adalah pemimpin parti pembangkang yang memusuhi Umno.

“Oleh itu, kita kena kikis perasaan sentimental terhadap beliau...lihat juga kelemahan Dr Mahathir semasa tempoh jadi perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas tamat majlis perhimpunan bulanan perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di sini, hari ini.

Azlan berkata perkara yang dilakukan oleh Dr Mahathir sekarang adalah jauh berbeza dengan yang dilakukannya semasa menganggotai Umno.

“Berdasarkan fakta, banyak perkara yang dilakukan Dr Mahathir menyebabkan kerajaan menanggung kerugian besar antaranya kerugian perdagangan matawang asing,”katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada perhimpunan itu, Azlan menekankan pentingnya pegawai-pegawai kerajaan turun padang untuk melihat sendiri isu yang berbangkit dan mencari penyelesaian yang betul.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar berbelanja mengikut kemampuan dan menghindari gaya hidup mewah yang boleh mendorong kepada penyelewengan dan rasuah. – Bernama

Lagi Video di MMOTV