projekmmoBerita

Awal lagi untuk anugerah khas, kata ratu rock Ella

Ella berkata sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam arena seni, penghargaan peminat membuatkannya tidak sunyi untuk berkarya. — Foto oleh Choo Choy MayElla berkata sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam arena seni, penghargaan peminat membuatkannya tidak sunyi untuk berkarya. — Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA, 18 Mei — Menginjak ke usia 51 tahun, penyanyi Ella berasa terlalu awal diberikan anugerah khas pencapaian sepanjang hayat.

Ella, nama popular Norzila Aminudin bagaimanapun terharu apabila segala yang diusahakan selama ini dihargai peminat. 

“Saya amat terkejut dan terharu. Saya pun tidak pernah jangka. Rasanya terlalu awal untuk menerimanya.

“Tetapi rezeki kita tidak boleh nak jangka. Mungkin sekarang, lusa atau esok. Saya tidak tahu. 

“Saya bersyukur dan tidak terucap,” katanya kepada media selepas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di sini pada Ahad.

Majlis pada malam itu mengangkat pelakon Fattah Amin sebagai Bintang Paling Popular yang dipilih berdasarkan undian peminat.

12 kategori lain turut dipertandingkan yang menyaksikan Khai Bahar dipilih sebagai penyanyi lelaki popular dan artis baru lelaki popular.

Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz menjadi pengacara pada malam gilang gemilang itu.

 

Alhamdulillah Tq 💘 #Repost @abpbh3.0 with @repostapp ・・・ Penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ella. #abpbh30

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

Ella berkata sebagai penyanyi yang sudah lama berada dalam arena seni, penghargaan peminat membuatkannya tidak sunyi untuk berkarya.

Katanya, sebagai hadiah kepada peminat, album baharunya akan dilancarkan selepas Aidilfitri ini mengandungi tujuh lagu baharu.

“Saya hanya mementingkan peminat saya terhibur dan boleh menerima saya seadanya. Itu saja.

“Dalam bidang ini kita harus memberi sesuatu yang segar. Saya akan buat yang terbaik. Saya berharap penyokong saya menyokong album, konsert dan sebagainya.   

“Saya akan keluarkan album penuh insya Allah selepas raya. Saya rasa semuanya segar dalam segala aspek seperti muzik, lirik, aliran dan pendekatan,” katanya.

Lagi Video di MMOTV