projekmmoBerita

Atlet Islam Amerika model pertama Barbie bertudung

Syarikat terkenal Mattel mengumumkan Ibtihaj Muhammad sebagai model anak patung Barbie pertama yang bertudung. — Foto ihsan Twitter.comSyarikat terkenal Mattel mengumumkan Ibtihaj Muhammad sebagai model anak patung Barbie pertama yang bertudung. — Foto ihsan Twitter.comNEW YORK, 14 Nov — Atlet sukan Olimpik bertudung Amerika Syarikat dipilih sebagai model anak patung Barbie pertama berpakaian Islam.

Anak patung Ibtihaj Muhammad, 31, menang gangsa dalam acara pedang di Rio, menampilkan imej sebagai ahli sukan tersebut, lapor AFP.

Keluaran syarikat Mattel ini dalam koleksi “Sheroes” akan dijual tahun depan.

Syarikat terkenal itu mengumumkan model baru itu di media sosialnya dengan foto Ibtihaj memegang anak patung tersebut.

“Terima kasih @Mattel kerana mengumumkan saya sebagai ahli baru keluarga @Barbie #Shero!” kata wanita itu di Twitter.

“Saya bangga kanak-kanak di mana-mana sahaja kini boleh bermain patung Barbie yang memakai tudung.”

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV