projekmmoBerita

Atap diterbangkan puting beliung, sembilan rumah rosak

Sembilan rumah rosak berikutan ribut melanda Kampung Parit 1, 2 dan 3, Bagan Serai, 11 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Bagan Serai Kampung HalamankuSembilan rumah rosak berikutan ribut melanda Kampung Parit 1, 2 dan 3, Bagan Serai, 11 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Bagan Serai Kampung HalamankuBAGAN SERAI, 11 Jan — Sebanyak sembilan rumah rosak di bahagian bumbung akibat dilanda ribut di Kampung Parit 1, 2 dan 3, di sini, semalam.          

Ketua Kampung Parit 2, Ridzuan Jamaludin, 47, berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, kesemua rumah berkenaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung selepas atap zink diterbangkan angin puting beliung.        

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang meluang masa menemui mangsa  ribut di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Azmi berkata pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM50,000 untuk membaiki sembilan rumah berkenaan selain menyampaikan sedikit wang tunai dan beras kepada mangsa.           

“Kita peka dengan kerugian dialami mangsa dan sedia membantu untuk meringankan beban mereka,” katanya. 

Seorang penduduk, Peah Osman, 86, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di ruang bawah rumah dua tingkat kerana demam.          

“Saya sedar apabila dengar bunyi angin kuat dan selepas itu mendapati bahagian bumbung rumah saya diterbangkan angin. Atap zink rumah saya itu baharu sahaja diganti beberapa bulan lalu,” katanya. — Bernama

Lagi Video di MMOTV