projekmmoBerita

Api marak, bangunan KWSP Jalan Gasing hangus (VIDEO)

Bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar kira-kira jam 11.30 pagi 13 Februari 2018. — Foto oleh Mukhriz Hazim Bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar kira-kira jam 11.30 pagi 13 Februari 2018. — Foto oleh Mukhriz Hazim PETALING JAYA, 13 Feb — Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing di sini terbakar teruk menjelang tengah hari ini. 

Asap tebal boleh dilihat dengan jelas dari jarak beberapa kilometer, termasuk pengguna Lebuhraya Persekutuan. 



Foto dan video di media sosial menunjukkan api marak menjilat bangunan tersebut yang terletak di simpang dari lebuh raya itu ke Universiti Malaya. 

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung punca kebakaran. Lapan jentera bomba terlibat dalam usaha memadam kebakaran.

Laporan awal bomba menyebut kira-kira 40 peratus bangunan itu musnah. Namun, semua 527 pekerja berjaya menyelamatkan diri.

Sistem maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas dalam kejadian mengejutkan itu, kata KWSP dalam satu kenyataan.

Ahli dan majikan yang ingin berurusan boleh mengunjungi cawangan terdekat kerana cawangan tersebut ditutup buat sementara waktu.

Lagi Video di MMOTV