projekmmoBerita

Angkat kisah benar, ‘Adiwiraku’ filem terbaik FFM ke-29 (VIDEO)

Pengarah Filem 'Adiwiraku' menyampaikan ucapan selepas dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM ke-29 di PWTC malam tadi. — Foto BernamaPengarah Filem 'Adiwiraku' menyampaikan ucapan selepas dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM ke-29 di PWTC malam tadi. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 24 Sept — Filem 'Adiwiraku' merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) malam tadi.

Filem arahan Eric Ong itu turut meraih dua lagi anugerah mengenepikan empat filem lain yang turut dicalonkan kategori tersebut.

Anugerah yang turut diraih filem berkenaan adalah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik oleh Sangeeta Krisnasamy dan Cerita Asal Terbaik oleh Jason Chong.

Filem “Adiwiraku” ini diangkat dari kisah benar yang mengisahkan tentang pasukan `choral speaking` Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015.

Dalam pada itu. filem yang mengangkat tema penghidap autisme 'Redha', meraih empat anugerah iautu Pelakon Lelaki Terbaik (Nam Ron), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq), Pelakon Wanita Harapan (June Lojong) dan Pengarah Harapan, Tunku Mona Riza.

Anugerah Pengarah Terbaik dirangkul oleh Dain (Dain) Iskandar Said melalui filem 'Interchange.'

FFM29 turut menyaksikan penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan isteri Datin Seri Raya Erom hadir sebagai tetamu kehormat.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah Finas Datuk Fauzi Ayob.

Sebanyak 24 anugerah dipertandingkan pada FFM29 yang bertemakan 'Transformasi Citra Karya' kali ini dan festival ini disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM29

Filem Terbaik: Adiwiraku

Pengarah Terbaik: Dain Iskandar Said (Interchange)

Pelakon Wanita Terbaik: Sanggeeta Krisnasari (Adiwiraku)

Pelakon Lelaki Terbaik: Nam Ron (Redha)

Penyunting Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)

Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)

Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)

Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)

Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)

Skor Muzik Terbaik: Koon Wei Gee (You Mean The World To Me)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Daniele (Hanyut)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)

Cerita Asal Terbaik: Jason Chong

Anugerah Khas Juri 1: Desolasi

Anugerah Khas Juri 2: Shuttle Life

Anugerah Khas Juri 3: Pekak

Lakon Layar Terbaik: You Mean The World To Me

Penggiat Belakang Tabir: Johan Ariffin Ibrahim

Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusoff Haslam

Anugerah Filem Box Office: Abang Long Fadil 2

Kostum Terbaik: Hanyut

Penataan Bunyi Terbaik: Hanyut

Sinematografi Terbaik: Interchange — Bernama

Lagi Video di MMOTV