projekmmoBerita

Angin kuat punca belalai air dekat jambatan P Pinang (VIDEO)

Fenomena puting beliung kecil atau belalai air yang dirakam orang awam dari Jambatan Pulau Pinang petang tadi. — Foto ihsan Facebook/PenangKiniFenomena puting beliung kecil atau belalai air yang dirakam orang awam dari Jambatan Pulau Pinang petang tadi. — Foto ihsan Facebook/PenangKiniKUALA LUMPUR, 28 Mac — Tiupan angin kuat di beberapa kawasan di Prai petang tadi menyebabkan berlakunya pembentukan puting beliung kecil dekat Jambatan Pulau Pinang.

Fenomena belalai air yang biasanya berlaku di pesisir pantai kira-kira pukul 6 petang itu menarik perhatian pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan untuk merakam dan memuat naiknya di laman sosial, lapor BH Online.

Amaran ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor Barat dan Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal malam ini, menurut Jabatan Metereologi Malaysia.

 

 

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Manakala ribut petir di perairan Selat Melaka Selatan dijangka berterusan sehingga malam ini, menurut kenyataan terkini dalam laman web jabatan.

Lagi Video di MMOTV