projekmmoBerita

Anggota tentera tidak puas hati Hazama pakai jaket celoreng

Hazama (kanan) memakai jaket celoreng bersama tiga lagi penyanyi terkenal dala Mentor Milenia (dari kiri) Black, Tomok dan Akim. ― Foto ihsan Instagram/Mr Hazama1Hazama (kanan) memakai jaket celoreng bersama tiga lagi penyanyi terkenal dala Mentor Milenia (dari kiri) Black, Tomok dan Akim. ― Foto ihsan Instagram/Mr Hazama1PETALING JAYA, 17 Feb ― Satu aduan polis dibuat terhadap penyanyi Hazama kerana memakai jaket celoreng tentera sewaktu muncul dalam program Mentor Milenia di TV3 Ahad lalu.

Walau Hazama, seorang mentor dalam program realiti itu, memohon maaf, seorang tentera tetap membuat aduan atas alasan mahu menjaga maruah pasukan itu, lapor mStar Online.

“Saya sebagai anggota tentera berasa tercabar dengan sikap yang ditunjukkan oleh artis tersebut,” kata Muhamad Aszuad Haron, 32, dengan menegaskan ia bukan fesyen.

Beliau membuat laporan di balai polis Tengkera, Melaka pada Isnin dengan merujuk Seksyen 140 Kanun Keseksaan berkaitan larangan orang awam memakai pakaian tentera.

Hazama, atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi, 33, setakat ini belum dihubungi polis untuk memberi keterangan.

Penyanyi “Di Amaran Mama” berkata beliau tidak berniat buruk dan mengakui tidak menyedari adanya larangan tentang pakaian celoreng. Beliau juga berjanji tidak mengulanginya.

Lagi Video di MMOTV

Reuters Video: Blonde hair, heels, lipstick… should women follow dress codes? (01:18)

Hundreds of working women in Britain have to wear high heels and revealing outfits, dye their hair blonde and constantly reapply make-up due to discriminatory dress codes imposed on them by employers, British parliamentarians said yesterday. — Reuters