projekmmoBerita

Anggota bomba cemas, jerlus dalam tapak sampah

Seorang anggota bomba terjerlus dalam lubang dipenuhi sampah dan air di tapak pelupusan haram di Teras Jernas, Sepang. — Foto ihsan bombaSeorang anggota bomba terjerlus dalam lubang dipenuhi sampah dan air di tapak pelupusan haram di Teras Jernas, Sepang. — Foto ihsan bombaSEPANG, 15 Feb ― Seorang anggota bomba trauma akibat terjerlus dalam lubang dipenuhi sampah dan air di tapak pelupusan haram Teras Jernas, di sini, semalam.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cyberjaya berkata, mangsa Mohd Padil Mohd Eksan terperangkap selama tiga minit sebelum dibantu seorang anggota dalam kejadian pukul 10 pagi, lapor Berita Harian.

"Beliau tidak mengalami kecederaan tetapi tetap trauma ekoran kejadian itu kerana ketika kejadian, pasukan kami sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tapak pelupusan haram terbabit bagi memastikan api tidak merebak," kata Izman Adnan.

Menurut Izman Adnan, ketika kejadian mangsa sedang menarik hos, namun bernasib baik kerana kejadian disedari rakan setugas.

Kebakaran di tapak pelupusan haram seluas lebih 0.4 hektar berlarutan selama empat hari sejak 11 Februari lalu.

Lagi Video di MMOTV