projekmmoBerita

Anak terkilan Azmil pergi sebelum majlis nikah Julai

Pelakon Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan jantung, 14 Feb 2018. — Foto oleh Yusof Mat IsaPelakon Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan jantung, 14 Feb 2018. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 15 Feb — Anak sulung Azmil Mustapha terkilan ayahnya tidak sempat melihat majlis pernikahannya Julai depan.

Nur Syamira, 33, berkata ketika dihubungi beberapa hari lalu untuk bertemu, pelakon era 1980-an itu hanya ringkas menjawab “Insya-Allah', lapor Kosmo!

“Saya sedikit terkilan kerana arwah tidak sempat terlibat dengan majlis pernikahan yang bakal berlangsung Julai Hadapan tapi saya reda kerana Allah lebih menyayangi Baba,” katanya.

Pelakon Ali Setan meninggal dunia semalam akibat serangan jantung di rumah keluarganya di Shah Alam.

Beliau meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Lagi Video di MMOTV