projekmmoBerita

Anak panda Nuan Nuan tiba di China, kuarantin sebulan

Anak panda Nuan Nuan ketika bermain dengan ibunya Liang Liang di Kuala Lumpur, 7 April 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaAnak panda Nuan Nuan ketika bermain dengan ibunya Liang Liang di Kuala Lumpur, 7 April 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaCHENGDU, 15 Nov — Anak panda gergasi pertama yang dilahirkan di Malaysia, Nuan Nuan tiba di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi Dujiangyan, China pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Nuan Nuan yang letih selepas melalui perjalanan panjang, enggan keluar dari kandangnya sehinggalah makanan ditawarkan kepadanya. 

Anak panda itu, akan dikuarantin selama sebulan sebelum diperlihatkan kepada orang ramai.

Nuan Nuan, yang bermaksud ramah mesra, dilahirkan pada 18 Ogos 2015 oleh pasangan panda yang dipinjamkan kepada Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Malaysia.

Ibu bapa Nuan Nuan akan terus menetap di Malaysia.

Penghantaran Nuan Nuan adalah sebagai memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi, yang ditandatangani bersama China pada 15 Jun 2012, memperuntukkan anak yang dilahirkan pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, dihantar ke negara asalnya apabila berusia dua tahun.

Selain Malaysia, Pusat Pembiakan Panda China bekerjasama dengan 13 zoo di 11 buah negara, termasuk Austria, Jepun dan Thailand. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV