projekmmoBerita

Anak lelaki rogol ibu kandung didakwa

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Kamunting, 8 Mac lalu. — Foto AFPSeorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Kamunting, 8 Mac lalu. — Foto AFPTAIPING, 15 Mac — Seorang pekerja kilang tayar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol ibu kandungnya pada 8 Mac lalu.

Lelaki berusia 21 tahun yang juga anak sulung kepada mangsa, janda anak lima, 49, didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Kamunting di sini, kira-kira jam 7 malam, lapor Harian Metro.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol seseorang wanita yang hubungan mereka tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 21 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Lagi Video di MMOTV