projekmmoBerita

Anak jual banglo mewah Sharifah Aini RM8 juta

Bahagian depan rumah banglo penyanyi Sharifah Aini yang diiklan oleh ejen hartanah di laman web Property Guru. — Foto oleh Yusof Mat IsaBahagian depan rumah banglo penyanyi Sharifah Aini yang diiklan oleh ejen hartanah di laman web Property Guru. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 14 Feb — Banglo mewah milik Allahyarham Sharifah Aini di PJS 52 di sini disenaraikan untuk jualan dengan harga RM8 juta.

Dengan keluasan 20,000 kaki persegi, rumah itu yang mempunyai sembilan bilik dengan tujuh bilik air tersenarai dalam laman web Property Guru.

Biduanita popular sejak 1970-an, mesra dipanggil Kak Pah, meninggal dunia pada 2014 akibat jangkitan pada paru-paru pada usia 61 tahun.

Terletak di tengah Petaling Jaya, bilik tidur utama rumah itu dilengkapi dengan salun rambut, pantri, ruang tamu kecil dan almari pakaian.

Perpustakaan, dewan, lima kawasan lapang, dua dapur, kawasan barbeku, kolam memancing besar dan pembantu bilik turut disediakan.

Rumah ini berdekatan MRT Taman Jaya, Amcorp Mall and Padang Timur MBPJ.

Ditemui akhbar Harian Metro semalam seorang lelaki yang enggan dikenali memaklumkan anak lelaki arwah Aliff Omar Ali mahu rumah itu dijual.  

“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah untuk menjualnya,” katanya.

Baca selanjutnya di Malay Mail.

Lagi Video di MMOTV