projekmmoBerita

Amaran Kelantan: Penghulu ‘beronar’, kena pecat

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan penghulu Kelantan mesti menyokong kerajaan negeri dan mereka yang tidak berpuas hati boleh berundur. — Foto Reuters Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan penghulu Kelantan mesti menyokong kerajaan negeri dan mereka yang tidak berpuas hati boleh berundur. — Foto Reuters

KOTA BARU, 7 Feb — Penghulu yang melakukan sesuatu yang bertentangan dasar kerajaan PAS Kelantan akan dipecat, tegas timbalan menteri besar.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka yang menyokong parti lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah) harus berundur, lapor Utusan Online.

“Siapa ‘beronar’ maka siaplah, dalam sejarah saya memang terkenal sebagai tukang pecat orang, pecat orang-orang yang tidak boleh pakai kerja.

“Ini bukan amaran tapi kita perlu faham tujuan kita, jangan kita khianati amanah yang diberikan [oleh kerajaan negeri],” katanya.

Walau menyebut kenyataannya “bukan amaran” tetapi kenyataan bernada amaran itu diucapkan dalam majlis pelantikan penghulu 2018 di sini hari ini.

Seramai 821 penghulu termasuk wanita, bukan Islam dan Orang Asli mengangkat ikrar pada majlis itu yang diadakan di sebuah hotel.

Lagi Video di MMOTV