projekmmoBerita

Amalan ‘duit tepi’ punca siaran drama tidak kualiti

Datuk Jurey Latiff Rosli (tengah) antara pemimpin badan karyawan seni yang terlibat dalam kempen ‘Switch Off 2014’ bagi menuntut peningkatan industri filem negara. — Foto ihsan Facebook/Jurey Rosli Datuk Jurey Latiff Rosli (tengah) antara pemimpin badan karyawan seni yang terlibat dalam kempen ‘Switch Off 2014’ bagi menuntut peningkatan industri filem negara. — Foto ihsan Facebook/Jurey Rosli PUTRAJAYA, 9 Ogos — Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mendakwa terdapat amalan ‘duit tepi’ untuk mendapatkan hak siaran drama atau program di stesen televisyen dan mahu ia dihentikan.

Presiden PTVM Datuk Jurey Latiff Rosli mendakwa pihak yang mengetahui perkara itu selama ini hanya mendiamkan diri.

“Amalan ‘duit tepi’ ini harus dihentikan bagi mengelakkan penonton terus dihidangkan dengan rancangan yang tidak berkualiti,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap ketua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Komited untuk membanteras gejala rasuah dalam kalangan penggiat industri, beliau berkata delegasi persatuan itu bertanya kepada Dzulkifli cara yang betul untuk melaporkan kes rasuah ketika kunjungan hormat itu.

Katanya, satu pertemuan akan diadakan pada 15 Ogos ini antara SPRM dengan 140 syarikat penerbitan bagi memberi penerangan tentang perkara berkaitan rasuah bersempena penganjuran Mesyuarat Agong PTVM pada hari sama. — Bernama

Lagi Video di MMOTV