projekmmoBerita

Alasan ‘nakal’, guru ikat mulut, tangan murid tadika

Seorang wanita membuat laporan di balai polis Setapak berikutan anaknya diikat mulut dan tangan ketika dihantar ke sebuah tadika. ― Paparan skrin GoogleSeorang wanita membuat laporan di balai polis Setapak berikutan anaknya diikat mulut dan tangan ketika dihantar ke sebuah tadika. ― Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 14 Nov ― Seorang guru wanita tadika mengikat mulut dan tangan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun atas alasan “nakal”.

Jasleen beberapa kali diikat termasuk pada kerusi kerana didakwa “tidak duduk diam dan bising” di sebuah tadika di Setapak di sini, lapor Harian Metro.

Ibu mangsa Tee Aai Hong, 36, menyedari hal itu apabila anak sulungnya mengulangi perbuatan sama terhadap adik lelaki berusia dua tahun.

“Wanita itu (guru tadika) memaklumkan tindakan mengikat mulut dan tangan murid perkara biasa dilakukan mereka di tadika berkenaan sebagai tindakan mendisiplinkan murid,” katanya.

Menyifatkan perbuatan itu “tidak masuk akal”, Tee memberhentikan anaknya dan membuat laporan di balai polis Setapak Jumaat lalu.

Lagi Video di MMOTV