projekmmoBerita

Akibat cemburu, wanita maut dipukul suami

Polis Taiping menahan suami yang memukul isterinya hingga maut dalam kejadian 11 Januari lalu. — Paparan skrin GooglePolis Taiping menahan suami yang memukul isterinya hingga maut dalam kejadian 11 Januari lalu. — Paparan skrin GoogleTAIPING, 14 Jan — Seorang wanita maut dipukul suaminya yang cemburu kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.

Noor Waheedah Abd Wahid, 38, cedera di kepala akibat trauma tumpul, selepas bergaduh dengan suspek, 40, pada Khamis malam, lapor Harian Metro.

Insiden berlaku di sebuah rumah di Matang Road, Matang, di sini, sebelum suspek lelaki menghubungi polis pada 9.15 pagi Jumaat. 

Ketua polis daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata suspek memaklumkan isterinya cedera dan tidak sedarkan diri selepas dipukul.

Mangsa dibawa ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada hari sama bagi pemeriksaan susulan.

“Pemeriksaan di HRPB mendapati mangsa disyaki mempunyai pendarahan dalam otak sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.30 malam semalam,” katanya.

Susulan kejadian itu, suspek direman tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, tempoh sambung reman suspek dijangka akan dipohon esok untuk siasatan lanjut,” kata beliau. 

Lagi Video di MMOTV