projekmmoBerita

Akaun palsu ustaz Kazim diguna untuk kutip derma

Datuk Kazim Elias membuat aduan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung akaun palsu pada 7 Mac lalu. — Foto oleh KE OoiDatuk Kazim Elias membuat aduan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung akaun palsu pada 7 Mac lalu. — Foto oleh KE OoiIPOH, 11 Mac — Sejak dua tahun lalu, hampir 100 akaun palsu media sosial Datuk Kazim Elias diwujudkan, termasuklah untuk mengutip derma di internet.

“[Akaun palsu] ini cukup membimbangkan saya terutama jika mereka menggunakannya bagi tujuan kutip, kumpul derma kononnya untuk membantu sekolah saya.

“Kami di sekolah pun sering terima panggilan daripada orang ramai yang mahukan kepastian berhubung perkara ini,” katanya, pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Akaun-akaun palsu itu diwujudkan di Facebook, Twitter dan Instagram yang mencecah 3.5 juta pengikut turut memuatkan maklumat rekaan dan gambar palsu.

Susulan itu, pendakwah popular itu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada 7 Mac lalu, lapor Harian Metro.

Menyifatkan ia mencemarkan imejnya, beliau menegaskan hanya memilik satu akaun rasmi Facebook iaitu Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias dengan 1.2 juta pengikut.

“Jadi saya tidak mahu perkara ini berterusan, sekaligus memberi impak negatif sama ada kepada diri saya serta masyarakat,” katanya.

Sinar Harian melaporkan Kazim menggesa orang ramai tidak terpengaruh dengan akaun palsu itu yang menyiarkan isu-isu keagamaan, keselamatan dan komen perkauman.

“Saya hendak beritahu masyarakat supaya jangan terpengaruh dengan posting yang ada di laman sosial berkenaan,” katanya semalam.

“Laman-laman ini bukan milik saya, saya hanya ada satu sahaja laman sosial [...] Yang lain bukan saya punya.”

Bernama pula melaporkan akaun palsu itu termasuklah “Koleksi Kata-kata Ustaz Kazim Elias”, “Ustaz Kazim Elias Fan Club”, “Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim”.

Lagi Video di MMOTV