projekmmoBerita

Aishah rimas ramai, lebih selesa suami iring

Pakaian Aishah pada persembahan Gegar Vaganza baru-baru ini dipertikai sehingga muncul dakwaan beliau tiada penaja. ― Foto ihsan Instagram/Gegar Vaganza OfficialPakaian Aishah pada persembahan Gegar Vaganza baru-baru ini dipertikai sehingga muncul dakwaan beliau tiada penaja. ― Foto ihsan Instagram/Gegar Vaganza OfficialPETALING JAYA, 7 Nov ― Penyanyi popular Aishah mengakui tidak selesa dikelilingi ramai peminat untuk mengiringinya membuat persembahan.

Wan Aishah Wan Ariffin, 52, tidak seperti artis yang membawa ramai peminat. Beliau cukup selesa hadir dengan suami, lapor mStar Online.

“Saya rimas orang keliling ramai-ramai dan sememangnya dari dulu pun saya macam itu,” katanya, yang terlibat dalam dunia seni mulai 1980-an.

Dikritik kerana pakaiannya ketika persembahan Gegar Vaganza 4 (GV4), penyanyi Janji Manismu menafikan tiada pihak mahu menaja bajunya.

“Macam jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ini. Tidak benar orang kata tiada siapa hendak taja baju saya...,” katanya di Facebook semalam.

Tambahnya, beliau hanya memerlukan tajaan aksesori, sementara solekan juga disediakan stesen Astro seperti beliau amalkan sejak dulu-dulu.

Lagi Video di MMOTV