projekmmoBerita

Aishah, penyanyi Indonesia peserta Gegar Vaganza 4

Aktivis politik Wan Aishah Wan Ariffin dan penyanyi Indonesia Firman antara 12 peserta yang akan menggegarkan Gegar Vaganza. — Foto oleh Yusof Mat IsaAktivis politik Wan Aishah Wan Ariffin dan penyanyi Indonesia Firman antara 12 peserta yang akan menggegarkan Gegar Vaganza. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 10 Okt — Pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim keempat kembali hujung bulan ini menampilkan peserta yang lebih mengujakan.

Aktivis politik Wan Aishah Wan Ariffin dan penyanyi Indonesia Firman antara 12 peserta yang akan menggegarkan Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini.

Sepuluh peserta lain yang terpilih ialah pelakon Aqasha, Hazami, Ferhad, Raja Azura, Liza Hanim, Elyana, Syura, Haida, Lan Kristal dan Tia Jinbara.

Pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dikekalkan sebagai pengacara rancangan yang bersiaran langsung di Astro Ria itu.

Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Lagi Video di MMOTV