projekmmoBerita

Air cecah satu meter, Jempol dilanda banjir

Sebatang jalan di daerah Jempol dinaiki air setelah hujan lebat mulai 6 pagi tadi. — Foto ihsan Facebook/Hasrul FaizSebatang jalan di daerah Jempol dinaiki air setelah hujan lebat mulai 6 pagi tadi. — Foto ihsan Facebook/Hasrul FaizBANDAR SERI JEMPOL, 14 Nov — Hujan berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dalam daerah Jempol dilanda banjir kilat.

Hujan lebat sejak jam 6 pagi mengakibatkan sembilan rumah di Kampung Serampah Indah dinaiki air hampir satu meter lima jam kemudian.

Wala terkawal setakat ini namun ketua kampung itu berkata ada penduduk sedang berjaga-jaga dan ada juga yang enggan berpindah, lapor Berita Harian.

“Ketika ini juga, jalan masuk ke kampung turut ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan,” kata Amran Mohamad.

Kawasan lain yang dinaiki air termasuk Kampung Gajah Mati, Taman Anggerik di Batu Kikir dan Jalan Taman Mahsan.

Demi keselamatan, Jabatan Kerja Raya menutup Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang dan di Taman Anggerik di Batu Kikir kerana arus air deras.

Pengguna yang ingin ke Simpang Pertang digalak menggunakan Jalan Bandar Seri Jempol-Serting Tengah atau Air Hitam melalui Bahau.

Lagi Video di MMOTV