projekmmoBerita

Adik cemerlang UPSR maut, abang lompat dari api (VIDEO)

Seramai 25 orang termasuk 23 pelajar maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi ini. ― Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamSeramai 25 orang termasuk 23 pelajar maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi ini. ― Foto ihsan Facebook/Malaysian Response TeamKUALA LUMPUR, 14 Sept ― Seorang bapa kehilangan anak bongsunya yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Mohd Nizamuddin Nasron, 13, yang maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi tadi, memperoleh semua A, lapor Berita Harian.

Bapanya Nasron Mat Yusof, 46 menerima berita itu daripada abang mangsa Zunnun Misri, 15, yang melompat dari bangunan kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Zunnun kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Saya kehilangan seorang anak. Tetapi Allah selamatkan seorang lagi," katanya.

Beliau reda dengan pemergian Mohd Nizamuddin, yang kali terakhir bertemu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Seramai 25 orang termasuk 23 pelajar maut dalam kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung di sini.

Mengikut Bernama, ketua polis Kuala Lumpur berkata seramai 14 pelajar dan empat guru pusat tahfiz itu dapat menyelamatkan diri .

Lagi Video di MMOTV