projekmmoBerita

Ada masalah, murid 12 tahun mahu terjun bangunan sekolah

Beberapa anggota bomba sedang memujuk murid 12 tahun yang duduk di bucu koridor tingkat tiga sekolahnya di Rompin. — Foto ihsan Facebook/DTTBBeberapa anggota bomba sedang memujuk murid 12 tahun yang duduk di bucu koridor tingkat tiga sekolahnya di Rompin. — Foto ihsan Facebook/DTTBKUALA ROMPIN, 6 April — Seorang murid yang bermasalah tidak jadi terjun dari tingkat tiga sekolahya jam 9 pagi tadi setelah dipujuk anggota bomba.

Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk murid lelaki itu, 12 tahun, dengan memberinya minuman, lapor Sinar Harian.

“Kami turut memberikan dia air dan menenangkannya sebelum dia mengubah fikiran,” kata komander operasi Zahari Razali.

Murid sekolah rendah itu duduk di bucu koridor belakang bangunan tersebut dengan kaki tergantung dan menangis sebelum dipujuk enam anggota bomba.  

Lagi Video di MMOTV