projekmmoBerita

20 kenderaan rosak, kayu berpaku satu meter jatuh

Kira-kira 20 kenderaan mengalami kerosakan tayar dan bampar akibat terlanggar kayu berpayu di  kilometer 26 Lebuh raya Seremban-Port Dickson. — Foto ihsan Facebook/DTTBKira-kira 20 kenderaan mengalami kerosakan tayar dan bampar akibat terlanggar kayu berpayu di kilometer 26 Lebuh raya Seremban-Port Dickson. — Foto ihsan Facebook/DTTBPORT DICKSON, 4 Dis — Tayar dan bampar kira-kira 20 kenderaan rosak selepas melanggar kayu berpaku di Lebuh raya Seremban-Port Dickson.

Ketua polis daerah Port Dickson berkata kayu itu dipercayai terjatuh daripada sebuah lori di kilometer 26 lebuh raya tersebut, lapor Kosmo!

“Berdasarkan laporan daripada lima pengadu, mereka mendakwa terlanggar sebatang kayu berukuran satu meter hingga menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan terbabit,” kata Supt Zainudin Ahmad.

Menafikan 50 kenderaan terlibat seperti dakwaan di media sosial, beliau berkata pemandu menukar tayar dalam kejadian antara jam 8 hingga 9 malam kelmarin dan meneruskan perjalanan.

Kenderaan terlibat ialah Proton Persona, Proton Exora, Honda Accord dan Proton Saga.

Lagi Video di MMOTV