projekmmoBerita

11 pelajar MRSM dijangkiti, makin ramai mati akibat TB

Seorang kakitangan makmal menganalisa sampel darah untuk mengesan penyakit batuk kering atau TB. — Foto ReutersSeorang kakitangan makmal menganalisa sampel darah untuk mengesan penyakit batuk kering atau TB. — Foto ReutersTAIPING, 20 April — Sebelas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menghidap batuk kering, atau tuberculosis (TB), kata exco kesihatan Perak.

Datuk Dr Mah Hang Soon juga mendedahkan kematian akibat kes penyakit berjangkit itu semakin meningkat di negeri itu.

Semua pelajar tingkatan lima itu, termasuk tiga perempuan, bertindak balas baik apabila dirawat dan tidak perlu diasingkan, tambahnya.

Pada 2015, Perak mencatatkan 1,657 kes TB dengan 64 kematian. Kes itu meningkatkan kepada 1,666 dengan 69 kematian tahun lalu.

“Tahun ini, kita mengesan 453 dijangkiti TB dengan tujuh kematian,” katanya.

Baca seterusnya di Malay Mail Online 

Lagi Video di MMOTV