Tiada di Malaysia, Beauty and the Beast untung RM753 juta (VIDEO)

Filem ‘Beauty and the Beast’ berjaya mencatat kutipan AS$170 juta (RM753.27 juta) pada awal minggu pembukaan. Filem ‘Beauty and the Beast’ berjaya mencatat kutipan AS$170 juta (RM753.27 juta) pada awal minggu pembukaan. LOS ANGELES, 20 Mac — Walaupun tidak ditayangkan di Malaysia, filem Beauty and the Beast mencatatkan kutipan tertinggi sebanyak AS$170 juta (RM753.27 juta) pada tayangan hujung minggu .

Tiada penerbit filem animasi setakat ini mampu menyamai rekod baru kutipan itu termasuk Pixar, Marvel, dan LucasFilm, lapor Reuters.

Filem lakonan Emma Watson dan Luke Evans berbajet AS$160 juta (RM709 juta) merupakan sebahagian daripada strategi penjenamaan Disney dan berjaya ‘pecah panggung’ awal minggu pembukaan.

Filem Disney lain yang mendapat kutipan lumayan termasuk Alice in Wonderland yang mencatat AS$1 billion juta seluruh dunia, Cinderella AS$543.5 juta dan The Jungle Book AS$966.6 juta selepas selesai tayangan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV