Ulang tahun lahir, Siti teruja dapat hadiah pam susu

Datuk Siti Nurhaliza menerima hadiah daripada anak tirinya Asyraf Khalid dan isteri Tya Ariffin serta anak mereka Arif Jiwa.— Foto ihsan Instagram/ctdkDatuk Siti Nurhaliza menerima hadiah daripada anak tirinya Asyraf Khalid dan isteri Tya Ariffin serta anak mereka Arif Jiwa.— Foto ihsan Instagram/ctdkKUALA LUMPUR, 11 Jan — Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza teruja menerima hadiah pam susu dan pek ais sempena hari lahirnya.

Menyifatkannya istimewa, Siti, 39 tahun, menerima hadiah tersebut daripada anak tirinya Asyraf Khalid dan isteri Tya Ariffin serta anak mereka Arif Jiwa, tepat jam 12 tengah malam tadi.

“Ice pack (pek ais) untuk simpan susu. Susu yang saya pam nanti,” ujar Siti sambil membelek hadiah ketika berkongsi dengan peminat melalui video Instastory di Instagram.

“Tak terfikir tapi memang ini sangat penting buat ibu-ibu, bakal ibu, pam susu untuk saya nanti”.

Turut mengumumkan anaknya adalah perempuan, hadiah itu juga bersempena Siti yang dijadual bersalin Mac ini.

Siti yang berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 2006, mengumumkan kehamilannya Oktober lalu.

Lagi Video di MMOTV