Tipu pajakan tanah di Kelantan, pemimpin kanan DAP direman

Dua ahli perniagaan, salah seorangnya pemimpin kanan DAP direman mahkamah  bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan bernilai hampir RM1 juta. — Foto failDua ahli perniagaan, salah seorangnya pemimpin kanan DAP direman mahkamah bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan bernilai hampir RM1 juta. — Foto failMELAKA, 20 Mac — Seorang pemimpin kanan DAP dan seorang ahli perniagaan direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan, melibatkan anggaran kerugian RM976,300.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan mahkamah majistret terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 54 tahun, lapor Utusan Online.

Kedua-duanya yang memakai baju lokap berwarna oren hadir ke Mahkamah Ayer Keroh di sini pagi tadi disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada 14 Disember lalu, laporan polis dibuat seorang pengadu yang juga pengusaha kebun sayur, mendakwa membuat transaksi pembayaran wang tunai ke dua akaun penama suspek berjumlah hampir RM1 juta untuk mendapatkan tanah pajak itu.

Isu itu sebelum ini didedahkan wakil rakyat Bebas dari Duyong, Goh Leong San dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 9 Mac lalu.

Lagi Video di MMOTV