Tinggalkan Islam perlu dihukum mati, mufti ulas ateis

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa individu yang terlibat fahaman ateis segera bertaubat kepada Allah. — Foto oleh Choo Choy MayMufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa individu yang terlibat fahaman ateis segera bertaubat kepada Allah. — Foto oleh Choo Choy MaySEREMBAN, 9 Ogos — Mufti Negeri Sembilan menggesa individu yang terlibat fahaman ateis segera bertaubat kepada Allah dan meminta pihak berkuasa menahan golongan terbabit.

“Seandainya masih berdegil, maka individu berkenaan perlu dikenakan hukuman mati. Itu ijma’ ulama,” kata Datuk Mohd Yusof Ahmad seperti dilapor Sinar Harian.

“Memandangkan hukum Islam tidak dapat dijalankan secara 100 peratus di negara ini, pihak yang mempunyai autoriti perlu buat segala termampu untuk membendungnya."

Beliau mengulas perjumpaan pengikut kumpulan Atheist Republic di Kuala Lumpur yang menular di media sosial baru-baru ini.

Mohd Yusof berkata semua pihak termasuk ahli agama dan pihak berkuasa perlu ambil peduli terhadap isu ini agar tidak melarat.

“Kaedah fikah ada menyebut iaitu kalau tidak boleh dibuat semua, jangan pula ditinggalkan semuanya,” katanya.

Beliau turut menegur sikap berdiam diri umat Islam dalam mempertahankan agama.

“Masalahnya sekarang ramai bergantung pada politik. Disebabkan ingin menjaga hati semua pihak sampaikan sanggup ketepikan agama,” katanya.

Lagi Video di MMOTV