Tertekan pedal, kerani rempuh kedai serbaneka Petronas

Kereta yang dipandu seorang kerani merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Indah, 15 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Info Kemalangan & Bencana Malaysia Kereta yang dipandu seorang kerani merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Indah, 15 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Info Kemalangan & Bencana Malaysia JOHOR BARU, 15 Dis — Seorang kerani tertekan pedal minyak keretanya hingga merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak.

Mangsa, 19 tahun, luka di muka, tangan dan kaki selepas mengisi minyak di Taman Pelangi Indah, di sini sekitar jam 1.30 pagi tadi, lapor Utusan Online.

"Keretanya meluncur masuk ke dalam kedai serbaneka di stesen minyak terbabit," kata ketua polis daerah Johor Baru Selatan ACP Shahurinain Jais.

Mangsa berasal dari Desa Makmur di Kota Tinggi dekat sini.

Lagi Video di MMOTV