Shaheizy Sam ada enam bulan bersihkan nama di LHDN

Media sebelum ini melaporkan Shaheizy dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000. — Foto oleh Choo Choy MayMedia sebelum ini melaporkan Shaheizy dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000. — Foto oleh Choo Choy MayCYBERJAYA, 30 Ogos ― Pelakon Shaheizy Sam diberi peluang hingga 15 Februari bagi menyelesaikan cukai tertungak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Shaheizy perlu bertindak segera agar notis kebankrapan yang dikeluarkan sebelum ini boleh ditarik balik.

"Semalam [kelmarin] mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan.

"Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak.

“Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi," kata Masrun Maslim seperti dilaporkan Berita Harian.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari depan bagi LHDN meneruskan prosiding kes bankrap terhadap Shaheizy.

Media sebelum ini melaporkan pelakon filem “Polis Evo” itu dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000.

Lagi Video di MMOTV