Sallehen: Amanah tumpang saja, pengacau PAS

Sallehen Mukhyi menyifatkan hasrat Amanah bertanding di kerusinya sebagai pengacau sahaja. — Foto oleh Yusof Mat IsaSallehen Mukhyi menyifatkan hasrat Amanah bertanding di kerusinya sebagai pengacau sahaja. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 20 Nov — Parti Amanah Negara (Amanah) hanya “menumpang” dalam Pakatan Harapan tetapi “tidak sedar diri” mahu rampas 13 kerusi PAS Selangor.

Demikian kata pesuruhjaya PAS negeri Sallehen Mukhyi ketika mengulas hasrat Amanah bertanding di kerusi yang kini disandang PAS, lapor Berita Harian.

“Kenyataan Amanah mahu rampas 13 kerusi DUN milik PAS Selangor tidak lebih sekadar kenyataan politik,” kata Sallehen, wakil rakyat Sabak. 

“Dia (Amanah) cakap tanpa buat kajian, dia hanya penumpang dalam pakatan pembangkang. Lagi pun dia tidak lebih berperanan sebagai pengacau kepada PAS sahaja.”

Beliau mengulas kenyataan naib presiden Amanah Datuk Husam Musa bahawa parti itu boleh merampas 13 kerusi DUN yang dimenangi PAS pada 2013.

Kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Kelang.  

Lagi Video di MMOTV