Remaja buang air depan kedai dobi disah OKU

Paparan skrin CCTV menunjukkan seorang gadis membuang air besar berhampiran sebuah kedai dobi Jalan Manickavasagam, Seremban. — Foto ihsan Facebook/Cempedak Cheese Paparan skrin CCTV menunjukkan seorang gadis membuang air besar berhampiran sebuah kedai dobi Jalan Manickavasagam, Seremban. — Foto ihsan Facebook/Cempedak Cheese SEREMBAN, 7 Okt ― Remaja yang dikesan membuang air besar beberapa kali depan kedai dobi di Jalan Manickavasagam sah seorang kurang upaya (OKU).

Perkara itu disahkan seorang individu yang mengenali keluarga remaja perempuan itu ketika menetap di Rasah Jaya di sini beberapa tahun lalu.

“Ibu remaja itu dipercayai mengalami masalah sama kerana tingkah laku mereka seperti kurang waras, namun perbuatan membuang air besar di tempat awam belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Individu itu, yang enggan dikenali, mengakui banyak pihak tidak mengetahui latar belakang keluarga berkenaan.

Remaja itu pernah mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah rendah di Rasah Jaya dan kini di sekolah menengah di Mambau.

Pengendali dobi itu Datuk Adzwan Ab Manas membuat aduan polis selepas gagal mengesan remaja itu membuang air besar tiga kali di depan depan kedainya.

Rakaman CCTV gelagat gadis OKU tersebar di media sosial baru-baru ini.

Polis Seremban menyiasat kes itu bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, sementara Jabatan Pendidikan Negeri telah menasihati keluarga remaja itu.

Lagi Video di MMOTV