Porsche masuk longkang, orang awam selamat pemandu

Pemandu kereta Porsche hilang kawalan, lalu ia terbabas ke dalam longkang di Jalan Batang Kali malam tadi. ― Foto ihsan Facebook/Saya Sayang Batang KaliPemandu kereta Porsche hilang kawalan, lalu ia terbabas ke dalam longkang di Jalan Batang Kali malam tadi. ― Foto ihsan Facebook/Saya Sayang Batang KaliHULU SELANGOR, 11 Mei ― Sebuah kereta mewah Porsche terbabas ke longkang lewat malam tadi tetapi pemandunya bernasib baik.

Nahas berlaku di Jalan Batang Kali menghala Genting Highlands kira-kira 11.30 malam apabila lelaki 45 tahun itu hilang kawalan, lapor Berita Harian.

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba. Mangsa tidak cedera,” kata penolong pengarah operasi bomba Selangor Mohd Sani Harul.

Lagi Video di MMOTV