Penentang sebat terbuka ‘prejudis syariah’, kata mufti

Seorang wanita Aceh, wilayah yang melaksanakan hukuman hudud, disebat di khalayak umum di Banda Aceh, 12 Jun 2015. — Foto AFPSeorang wanita Aceh, wilayah yang melaksanakan hukuman hudud, disebat di khalayak umum di Banda Aceh, 12 Jun 2015. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 26 Julai — Mufti Wilayah Persekutuan mempertahankan tindakan Kelantan memperkenalkan sebat secara terbuka di khalayak awam.

Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri menuduh pengkritik Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri itu ada prasangka buruk terhadap perundangan Islam.

“Kita kesal kerana mereka yang mengkritik terdiri daripada bijak pandai tetapi gagal mendapatkan tasawwur sebenarnya pelaksanaan sebat mengikut syarak dan bersikap prejudis terhadap apa-apa yang dikaitkan dengan sistem keadilan jenayah Islam,” katanya, dalam kenyataan di laman web rasminya.

Beliau mengulas reaksi negatif, termasuk peguam dan badan, yang menganggap hukuman itu tidak mengikut hukum al-Quran dan melanggar hak asasi manusia.

Baru-baru ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan enakmen tersebut, termasuk hukuman di depan khayalak ramai.

Pindaan itu, diluluskan pada 12 Julai, turut memperuntukkan kuasa kepada penguatkuasa menggari suspek, selain video boleh digunakan sebagai bukti.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV