Pekebun OKU pelawa makan 3,000 kg langsat ‘sampai puas’

Gugusan buah langsat di kebun Khamaruzaman Yusof di Senaling, Negeri Sembilan dijangka masak ranum minggu depan. ― Foto ihsan Facebook/Khamaruzaman Yusof Gugusan buah langsat di kebun Khamaruzaman Yusof di Senaling, Negeri Sembilan dijangka masak ranum minggu depan. ― Foto ihsan Facebook/Khamaruzaman Yusof KUALA PILAH, 16 Mac ― Seorang dermawan kurang upaya mempelawa orang ramai menikmati 3,000 kilogram langsat percuma di dusunnya “sampai puas”.

Pelawaan Khamaruzaman Yusof, memiliki 53 pokok di Kampung Bukit, Senaling yang buahnya ranum minggu depan, menular di media sosial, lapor Harian Metro.

“Ini kali ke-10 saya berbuat demikian tetapi saya mengenakan syarat antaranya tidak boleh membawa pulang atau menjual buah,” katanya.

“Selain itu, pengunjung tidak dibenarkan mengambil sarang lebah kelulut di sekitar kebun ini dan mereka juga tidak dibenarkan mengambil durian.”

Diusahakan sejak 1992, dusun Khamaruzaman seluas 2.4 hektar turut ditanam 18 pokok dokong, petai (57), durian belanda (800) dan beberapa batang durian.

Orang ramai boleh hadir tanpa perlu meminta izin beliau, tambahnya.

“Saya maklumkan perkara ini kepada keluarga yang tinggal berhampiran. Sesiapa saja datang, makanlah langsat sampai puas.

“Konsepnya siapa cepat dia dapat. Sekiranya habis, tetapi masih ada pengunjung, saya minta maaf. Mungkin tiada rezeki mereka,” katanya.

Lagi Video di MMOTV