Pelakon kecewa kena kecam baca Quran (VIDEO)

Johan As'ari menjelaskan beliau sedia ditegur jika disampaikan dengan kasih sayang dan adab. — Foto ihsan Instagram/Johan As'ari Johan As'ari menjelaskan beliau sedia ditegur jika disampaikan dengan kasih sayang dan adab. — Foto ihsan Instagram/Johan As'ari KUALA LUMPUR, 19 Jan — Pelakon Johan As'ari “sedih dan kecewa” kerana “kritikan kasar” sewaktu memperdengar bacaan al-Quran melalui Instagramnya.

Aktor filem “Juvana” itu sedia ditegur peminatnya di media sosial itu namun ia perlu dibuat “secara beradab, bukan kecaman”, lapor Utusan Online.

“Kita sebagai muslimin dan bangsa Melayu ada adab. Jadi, tegurlah dengan tertib,” katanya, menafikan sukar menerima teguran.

 

Aku terima teguran namun tetapi aku amat sedih dengan pengikut-pengikut ku di sini ada yang tiada adab menegur ku salah itu salah ini dalam bacaan secara terbuka. Guru ku tidak ajar ku untuk hilang adab. Guru ku ajar ku berkasih sayang. Alhamdulillah aku semakin rajin mengaji Al-Quran. ▫▫▫video hasil dari rakam dari studio guru saya Sheikh @abdulkarimalmakki 🌹🌹🌹🌹❤❤❤🙏🙏

A post shared by Johan Datuk Wira hj. As'ari (@johanarrif) on

“Disebabkan kecaman dan kritikan yang kasar, jujur saya rasa sedih dan kecewa apabila membacanya.” 

Namun, laporan itu tidak menyebut punca beliau dikecam atau jika ada sebarang kesilapan  ketika menyampaikan bacaan kitab suci itu.

Johan, yang memuat naik video sedang membaca al-Quran, turut dipuji peminatnya. Ada juga menasihatinya supaya bersabar dan tidak melenting.

Lagi Video di MMOTV