PAS tegas laksana hudud, Umno tunggu RUU 355 lulus

DUN Terengganu, di kompleks Wisma Darul Iman (foto), meluluskan enakmen hudud dan qisas pada 2002 tetapi kini masih belum ditegakkan. ― Paparan skrin Google DUN Terengganu, di kompleks Wisma Darul Iman (foto), meluluskan enakmen hudud dan qisas pada 2002 tetapi kini masih belum ditegakkan. ― Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 3 Jun ― PAS bertegas ini melaksanakan hudud di Terengganu seperti enakmen diluluskan pada 2002 jika menguasai negeri itu pada pilihan raya nanti.

“Insya Allah, sekiranya kita diberi mandat dan memerintah negeri Terengganu, kita akan terus melaksanakannya,” kata pesuruhjaya PAS negeri.

Datuk Husain Awang memberitahu Harakahdaily, PAS akan mewujudkan “prasarana” ke arah menegakkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas).

Beliau mengulas kenyataan menteri besar yang menyebut kerajaan negeri kini tidak bersedia melaksanakan undang-undang tersebut selagi tiada kajian mendalam.

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman seminggu lalu dilaporkan berkata pihaknya masih menunggu kelulusan pindaan Akta 355, popular disebut RUU 355, yang diusul oleh PAS di Parlimen.

Walau enakmen itu diluluskan sewaktu PAS menguasai Terengganu antara 1999 hingga 2004, ia tidak dapat dilaksanakan kerana dianggap melanggar perlembagaan.

*Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video di MMOTV