Nasib Zakaria dalam FGV diketahui hari ini

Datuk Zakaria Arshad difahamkan lembaga pengarah FGV bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya. — Foto Bernama Datuk Zakaria Arshad difahamkan lembaga pengarah FGV bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya. — Foto Bernama KUALA LUMPUR,11 Sept — Presiden kumpulan/ketua pegawai eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti susulan siasatan dalaman, akan mengetahui nasibnya hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pusingan akhir siasatan itu, Zakaria berkata beliau difahamkan lembaga pengarah FGV akan bermesyuarat hari ini untuk membuat keputusan.

Beliau berkata siasatan itu yang membabitkan urusan antara anak syarikat FGV Delima Oil Products Sdn Bhd dan rakan perniagaannya Safitex Trading LLC, berlangsung selama empat jam.

“Saya harap semuanya berjalan dengan baik. Saya tidak mahu ‘mengulas’ (mengenai keputusan). Saya serahkan kepada kebijaksanaan lembaga pengarah, termasuk pengerusi baharu, untuk menilai kes ini,” katanya.

Pengerusi baharu FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang memulakan tugas hari ini, mengadakan mesyuarat pertamanya bersama pegawai pengurusan kanan pagi tadi, dan dijadualkan mengadakan mesyuarat oengurusan pada sebelah petang.

Zakaria berkata beliau tidak dapat bertemu Azhar disebabkan jadual ketat pengerusi berkenaan. — Bernama

Lagi Video di MMOTV