Merdeka: Kibar bendera Malaysia atau kena hukuman

Beberapa bendera menghiasai bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Pegawai daerah Kuala Pilah Syahrul Nizam Saleh menggesa pemilik premis agar mengibar Jalur Gemilang atau berdepan hukuman. ― Foto oleh Yusof Mat IsaBeberapa bendera menghiasai bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Pegawai daerah Kuala Pilah Syahrul Nizam Saleh menggesa pemilik premis agar mengibar Jalur Gemilang atau berdepan hukuman. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA PILAH, 4 Ogos — Pemilik premis dan peniaga di sini diberi amaran agar mengibarkan Jalur Gemilang atau dikenakan denda atau hukuman.

Pegawai daerah memberikan amaran itu walau menjelaskan tiada undang-undang khusus untuk disabitkan kesalahan itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Syahrul Nizam Saleh juga dilaporkan menambah walau tiada peruntukan, hukuman yang bakal dilaksanakan dibenarkan undang-undang.

Ia bukanlah hukuman berat atau salah di sisi perundangan, sebaliknya dilakukan sebagai usaha mencetus kesedaran pemilik premis dan peniaga di sini, katanya.

“Malahan mereka telah menerima Jalur Gemilang secara percuma,” kata Syahrul pada program penyerahan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan.

“Jadi sewajarnya mereka mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang tepat pada waktunya.”

Sebanyak 300 bendera diberikan kepada premis perniagaan di sini bagi menjayakan sambutan menjelang 31 Ogos. 

Lagi Video di MMOTV