Melampau! Kutuk Umno guna foto arwah timbalan menteri

Paparan menunjukkan foto Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon digunakan untuk menghina Umno. — Foto ihsan Facebook/Rahim SyahPaparan menunjukkan foto Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon digunakan untuk menghina Umno. — Foto ihsan Facebook/Rahim SyahSABAK BERNAM, 6 Sept — Foto bekas timbalan menteri yang sudah meninggal dunia digunakan satu akaun Facebook untuk menghina Umno.

Foto Tan Sri Noriah Kasnon dimuat naik bersama logo Umno bertanda “bagus terbalik” dengan kata-kata kesat mengaitkan parti itu pagi semalam, lapor Sinar Harian.

Pemangku ketua Wanita Umno bahagian Sungai Besar berkata lima laporan polis dibuat sejak jam 11.30 pagi semalam dan jumlahnya dijangka bertambah.

Datuk Zubaidah Maskor menyifatkan perbuatan itu tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati sensitiviti keluarga dan kenalan Allahyarham.

“Kami juga kesal sebab di situ ada logo Umno yang diterbalikkan dan perbuatan itu menghina Umno kerana diketahui umum arwah adalah ahli parlimen Sungai Besar dari BN,” katanya.

Beliau menggesa polis mengambil tindakan terhadap pengendali akaun tersebut yang menutupnya beberapa jam berikutan kecaman ramai.

Noriah, bekas timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei tahun lalu.

Lagi Video di MMOTV