Mat Taib: Calon Umno harus ‘ghairah’, bukan ‘alamak’

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bercakap dalam sidang media di Shah Alam pada 2 Oktober 2017. — Foto oleh Miera Zulyana Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bercakap dalam sidang media di Shah Alam pada 2 Oktober 2017. — Foto oleh Miera Zulyana SHAH ALAM, 24 Nov ― Umno harus meletakkan calon yang membuka “ghairah” pengundi jika mahu merampas Selangor, saran Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

“Umno kena berani meletakkan calon yang orang rasa ghairah, maksudnya bila masyarakat tengok, mereka rasa suka (dengan calon pemimpin Umno).

“Calon yang mempunyai imej yang kurang baik perlu diketepikan demi masa depan parti,” kata bekas menteri besar itu seperti dilapor Sinar Harian.

Bekas ahli PKR itu, menyertai kembali Umno pada September, mencadangkan Umno menolak calon “alamak” untuk mengelak kekalahan pada pilihan raya umum.

“Kalau calon yang diletakkan pun jenis calon kategori 'alamak', sebelum bertanding lagi Umno sudah kalah,” katanya kepada media di sini.

Tambahnya, calon yang harus Umno utamakan mestilah ada keupayaan dan diterima ramai sehingga “bila orang lihat, mereka akan kata, 'Ya, dia bagus'.”

Lagi Video di MMOTV