Malaysia, Qatar meterai MoU empat bidang

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani di Seri Perdana, 16 Okt 2017. ― Foto BernamaDatuk Seri Najib Tun Razak dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani di Seri Perdana, 16 Okt 2017. ― Foto BernamaPUTRAJAYA, 16 Okt ― Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani hari ini menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) bagi mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Qatar.

Empat MoU berkenaan melibatkan kerjasama dalam bidang aktiviti perundangan, kehakiman, latihan diplomat dan bidang pendidikan tinggi.

Majlis tersebut diadakan di Seri Perdana di sini sempena lawatan negara dua hari oleh Sheikh Tamim ke Malaysia.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam menandatangi dua MoU masing-masing dalam bidang latihan diplomat dan pendidikan tinggi manakala Qatar diwakili oleh rakan sejawatannya, Sheikh MohammadAbdulrahman Al-Thani.

Sheikh Mohammad turut menandatangi MoU dalam bidang kerjasama aktiviti perundangan dengan Pegum Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. 

MoU keempat dalam bidang kerjasama kehakiman ditandatangani oleh ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar manakala Qatar diwakili Presiden Majlis Tertinggi Badan Kehakiman, Masoud Mohamed A Amiri. ― Bernama

Lagi Video di MMOTV