Mahfuz enggan mohon maaf, dakwaan hina sultan Pahang

Mahfuz berkata kenyataannya bukanlah menghina sebaliknya memuji kedua-dua pemimpin negara tersebut. — Foto oleh Choo Choy MayMahfuz berkata kenyataannya bukanlah menghina sebaliknya memuji kedua-dua pemimpin negara tersebut. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 15 Jan — Datuk Mahfuz Omar tidak akan memohon maaf susulan perbandingannya di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan sultan Pahang.

Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata kenyataannya bukanlah menghina sebaliknya memuji kedua-dua pemimpin negara tersebut.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina (Sultan Pahang),” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Mahfuz menerusi ceramah yang ditularkan di media sosial membuat perbandingan usia di antara Dr Mahathir dan Sultan Ahmad Shah.

Susulan kenyataan itu, Pemuda Umno Pahang menggesa Mahfuz dsiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketuanya, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan itu jelas mencerminkan kecetekan akal Mahfuz yang tidak menghormati institusi diraja di negara ini.

Lagi Video di MMOTV