Lepas sumpit, sumbat kerbau curi dalam MPV

Empat lelaki dipercayai menyumpit kerbau sebelum memuatkan haiwan itu ke dalam MPV, 15 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/funtasticko.netEmpat lelaki dipercayai menyumpit kerbau sebelum memuatkan haiwan itu ke dalam MPV, 15 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/funtasticko.netTASEK GELUGOR, 12 Dis — Sekumpulan empat lelaki memuatkan seekor kerbau yang dicuri ke dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Mereka, berpura-pura memancing udang galah, sebelum menyumpit haiwan yang ditambat di tepi Sungai Kulim dekat Labuh Banting, jam 11 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Panik akibat perbuatan mereka diketahui penduduk, empat suspek melarikan diri dengan meninggalkan kerbau dalam MPV Honda Odyssey.

“Mereka mencuri dua motosikal penduduk ketika melarikan diri. Pada masa sama, lelaki terbabit bersenjatakan parang menyebabkan penduduk tidak berani mengambil risiko,” kata ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Labuh Banting.

Saidin Yaacob berkata, pemilik kerbau, usia 50-an, sebelum ini kehilangan tiga lembu pada Ramadan lalu.

“Kami syak kumpulan terbabit adalah individu sama yang melarikan kerbau hari ini,” katanya.

Dianggarkan, kerbau yang cuba dicuri, bernilai antara RM7,000 hingga RM8,000 seekor.

Lagi Video di MMOTV